Alhamdulillah...diam x diam kita dah masuk tahun baru 1 Muharram mengikut kalender Islam. Walaupun kat Malaysia ni kira esoklah 1 Muharram sebab semua cuti..tapi sebenarnya sebelum Maghrib hari ini kita dah bole baca doa akhir tahun dan membaca doa awal tahun selepas Maghrib.
Alhamdulillah...lepas Maghrib secara berjemaah tadi bersama Emerald,,dapat lah aku membaca doa awal tahun dan diaminkan olehnya..Kakak dan adiknya ikot nenek pulak balek kampung malam tadi..kalau x mesti bertambah jemaah kami..hehe
So..tutup buku lama dan mari kita buka buku baru..alhamdulillah tidak henti kepadaNya yg telah memberikan kesihatan dan rezeki untuk kami sekeluarga...Walaupun hidup kami tidaklah semewah mana namun aku bersyukur banyak2 kerana aturan dariNya adalah yg terbaik utk kita semua..Alhamdulillah...semua perkara dimudahkan dan rezeki tidak putus di kala kami memerlukan..
Korang sumer macam mana? Aku doakan yang baik2 utk korang sumer..semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya dunia dan akhirat..amin..
Sempena Awal Muharram ni,,aku sertakan doa akhir tahun dan awal tahun :)
DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ
مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ
مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ
عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى
مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا
فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ
اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ
مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي
الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang,
segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan
salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya
sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa
yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya
dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah
lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah
Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke
atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah
bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan
Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon
akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga
Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami
daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada
kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan
azab api neraka.
DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ
اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ
جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ
الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ
النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ
زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ
الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا
فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang,
segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke
atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan
di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang
kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan
Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah
mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada
syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami
memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan
kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh
mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala
keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan
dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan
kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat
dan peliharalah kami akan azab api neraka.
Rasa sebak juga bila membaca doa2 ini..buku lama catatan dosa dan pahala telah pon diangkat ke atas..banyak rasanya khilaf dan dosa yang telah dilakukan...semoga semua dosa2 diampunkan Allah..Marilah kita juga sama2 ampunkan dosa semua orang2 yang mungkin ada berbuat silap pada kita..pada semua blogger2 yang berkunjung ke blog aku....juga pada silent reader..sekiranya ada entry yang membuat kalian terasa...aku minta maaf yer..
Bila sebut satu Muharram ni,,teringat lirik lagu nasyid yang aku selalu nyanyi masa sekolah dulu..kalau dulu x berapa menghayati sangat liriknya..rupanya dalam lirik Maal Hijrah ni terselit peristiwa2 sempena 1 Muharram..Sebelum aku akhiri entry kali ini..aku tinggalkan korang dengan lirik Maal Hijrah..Jom kita hayati..
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
No comments:
Post a Comment