Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, November 20, 2012

Mommies' Day Out! Part Two

Entry ini adalah rentetan dari entry Mommies' Day Out! Part One ..Kalau uolz x berkesempatan membaca part one..cer klik link kat atas ni.. Tak syok la kan tetiba da part two..cam tertinggal plak kronologi babak2 sejarah penting dlm event ni..hehe
Bagi yg dah follow dari entry sbelumnya,,maseh ingat tak aku berhenti di pusat bandar terapi aljabbar?? haaa,,baguus ingatan uolz..mesti banyak makan kismis kan? ;)

Sebenarnya..antara agenda kami yg terpenting pada hari itu adalah mencari hadiah utk hari jadi bonda kami Puan Zainon yang akan disambut pada 22 November yg akan datang. Bagi penduduk Johor,, uolz sumer dibenarkan  bercuti sebab tarikh nya sama dengan keputeraan Sultan Johor..

Disebabkan kami x naklah membuang masa travel jauh2 dalam kereta,,maka kami mengambil keputusan utk mencari hadiah tersebut di Shopping Complex terkenal di area Skudai..ape lagi kalau bukan Skudai Parade.. Tempat ni x lah se glam City Square..tapi aku agak suka sebab mcm2 aktiviti boleh dibuat di sini.. 
Selain dari lokasinya yg dekat dengan rumah kami..Skudai Parade juga ada tempat utk berbowling,,panggung wayang,family karaoke,,roller skate,,dan rumah hantu *da mcm funfair pulak*
yang lain2 tu mcm biaselah ada kedai baju,kedai kasut,kedai handphone..cuma kalau uolz nak mengharapkan butik2 berjenama seperti di JPO atau KLCC..mintak maaplah yer..wrong channel..

First aktiviti kami sebaik sampai di Skudai parade ni ialah MAKANZ..dah tengahari kan..pulaknye lepas terapi aljabbar..perot pon mesti nak terapi makanan kan..Kat sini kami dah cukup korum yer 5 orang..ahli jemaah mommies'day out lagi sorang yg ketinggalan keretapi telah selamat meloloskan diri dari cengkaman tugasnya..hehe


Alat kulinari yg berbeza..ada yg pakai sudu dan garpu ala2 english style,,pakai tangan ala2 perempuan melayu terakhir dan ada yang pakai chopstik ala2 gangnam chinese style..yg penting..visi dan misinya sama..burpp..alhamdulillah :)


Menu lunch pilihanku pada hari itu..
Dah lama x makan kombinasi sebegini..dulu2 masa zaman muda remaja,,bonda selalu masak begini..
ikan pari asam pedas dan peria goreng..
rasanya..boleh tahan..mula2 rasa mcm banyak sgt nasi tu..menyesal x mintak separuh,,tapi akhirnya liciiiiinnnn....huhu


Yang ni menu yg diorder oleh adikku..dia ni memang dari dulu suka explore makanan yg pelik2..
tapi bila ku rasa,,boleh tahan sedap..namanya MEE HOON KUE SOUP *betul ke* 

Sambil makan,,kami pon mulakn perbincangan meja empat segi tentang barang yg hendak dibeli..kata sepakat telah tercapai..kaki mula menghala ke kedai emas yg berhampiran..
dek kerana silau dengan panahan emas mengerlip kat kedai tu sampai aku terlupa nak snap pictures nak kasik uolz tengok hadiah yg kami belikan utk bonda..x de rezekila yerk...

Aktiviti seterusnya tentulah Karok Vokal bukan sekadar rupa..tempatnya jauh di tingkat atas..jom kita naek atas..


Sambil2 naek ke atas,,x sah kalau tak tersinggah di kedai2 yg nmpk mcm menarik..maklumlah..org perempuan..alaaaa,,bukannye nak beli poooon,,,pegang2,,belek2 jeee,,kasik salesgirl tu ade keje sket..nnti kan dia jalan ikot je kitaowg pusing satu kedai..barulah bole terbakar hati lemak2 tepu dia ;) 



Tapi dlm bnyk2 kedai,,yg ni memang x leh handle..tgk..kak long ku siap dah bentang kain atas tu..itu menunjukkn hantu shopping dia dah meresap ke dalam tubuh..naseb x sempat nak azankan telinga, dia dah sedar..
ape pon dia berjaya memborong 2 pasang kain utk hari raya tahun depan..sgt well planned kan kakak ku sorang nih..baru masuk muharram,,tapi dia dah fikir sampai Syawal..hehe ;)
Tapi x boleh salah kan dia jugak..harga selepas diskaun mmg sgt memberangsangkan poket..


Nak yg lebih manik & bling2?


bekenan sungguh dgn kain yg warna ala2 maroon five ,,purple-pink ni..haishhh..


Yesss!!! Saya kunci lirik ini pilih yg ini..apek kasi ini dua haa..

hajat aku nak beli kain x jadik sebb aku terpandang ini...


aje giler set queen bed shit sheet beserta comforter 45 hengget??? rasa nak suh apek to keep the change jek masa aku bayar dgn wit 50 hengget..mula2 rasa ragu jugak dgn kualiti nye..tapi bila memikirkan dah setahun tak beli set yg baru..aku beli je laa...inilah orang perempuan..walau mana jauh berjalan,,tetap teringat pada keperluan2 rumah..
Maka....Inilah hasilnyaaa...


Sesuai kan dengan katil yg cokelat,,langsir pon cokelat..rasa macam nak beli lagik jek..
bagus nih kalau nak hadiahkan kat mana2 pengantin baru yg nak makan nasi minyak cuti sekolah ni..
hehe 
Baiklah...misi diteruskan...


taraaaa...
we r here..
peserta2 vokal bukan sekadar rupa nak amek mood dulu sebelum nak tunjukkan bakat..jangan lupa vote kami yer!!!! :p


haaaa..nampak kak long dah open the ceremony...sekali suara soprano dia keluar,,lagu korea,,search,,kelly clarkson sumer dia hantam jugaaa..tanjat gugurl dgr dia nyanyi duet lagu gemuruh dgn kakak kembar lagi sorang..
memang gemuruh dan menggigil kami bertiga yg x nyanyi kat tepi..
goose bump smpi ke tengkok..
nak snap pic pon x berani..
bimbang samseng Samsung tab,,HTC dan Blackberry melayang..
high pitching note sumer depa kasi hentam juga...
jgnkan ke laut,,ke kolam,,ke sawah malah ke longkang pon dia org kasik letak itu note..
bhahahahahahahahaaaaaaa  


hamboi,,ala2 syahdu aku nyanyi lagu ape ntah mase ni..
siap ada back up dancer n back up singer lagi kat tepi tu..haaa..ko hader??? 
Ini kalau Simon sewel Cowell tgk ni,,mahu speechless,,kesat air mata dia kuar..hik3x...

Meh tengok pilihan2 lagu kami hari tu..


Macam2 genre ada..ni baru separuh list..korang kiralah kalau 2 jam,,berapa lagu dpt..
itu belom tolak lagu yg tesalah pilih,,part2 hujung lagu sumer kasik potong gara2 nk mmberi laluan pd penyanyi seterusnye...memang terbaekkk lah.. 

So,,persiapan yg terbaek sebelum masok ke bilik karok ini adalah dgn menggoogle nama2 lagu atau penyanyi yg korang suke kat youtube dulu..nak lagik nmpak well prepared,,korang ikut sekali nyanyi bersama2 dlm you tube. Ini utk mengelakkan pembaziran masa korang terfikiir2 dan stress dlm tempat karaoke ni nak memikirkan tajuk lagu yg korang nak cari...Takut2,,lain lagu yg korang nak nyanyi,,lain pulak lagu yg keluar..haaa..masa itu emas..3 minit masa yg korang guna utk berfikir dah boleh lepas satu lagu..hehe

 Begitu dan begini,,hampir pukol 4 petang barulah tamat event yg gah ni..masing2 pulang dengan senyum sampai ke telinga..Rasa mcm nak return balek..cepat je masa berlalu..bila berkumpul mcm ni,,terasa diri muda remaja semula..
Gelak ketawa x usah kiralah..
yg penting masing2 sporting..

So,,itulah antara cara kami menghargai antara satu sama lain..
walaupon masing2 dah ada kehidupan dan keluarga sendiri...

Terima kasih utk semua yg sudi membaca....
Berjumpa lagi di entry akan datang..
byee <3











Monday, November 19, 2012

Mommies' Day Out! Part One


Mommies' Day Out! Event ni dah 2 kali dijalankan dengan jayanya...
Peserta2 yg terlibat adalah aku sendiri bersama2 dengan adik beradik perempuanku yg lain..

dari kiri:: kakak yg ke 2,,kemudian adik aku,,yg tengah2 tu mestilah aku,,sebelah aku tu kakak yg sulung,,manakala yg hujung tu kakak yg ke 3..

Diaorang ni sumer cam berpakat pulak tema hitam..aku jek yg tetiba kuning..yg pastinya..kami semua adalah geng berkaca mata...kui3x...

Memang seronok sebab peserta2 kursus adalah dilarang sama sekali membawa pasangan dan anak2..hehe
Bukanlah zalim..tapi event ni khas utk kami2 yg bergelar mummy ni nak sedikit ruang untuk berhibur menghiburkan hati yang lara di samping merapatkan lagi ukhwah sesama adik beradik..

Walaupun kami semua menetap dalam daerah yg sama..tapi utk mendptkan tarikh yg bersesuaian bukanlah senang..
al maklum,,dgn kerjaya aku yg sgt susah nk apply cuti,,maka terpaksalah mereka sumer menanti sehingga cuti sekolah..
ahaha,,special kan aku..



inilah pemandu kami pada hari itu..sebut je nak pegi mana..
gerenti dia hantarkan..haha :D
okay driver..let's go!

so,,pada hari kejadian..kami semua menaiki satu kereta menuju ke destinasi pertama kami iaitu...
BREAKFAST!



Nyam3x...mengapa ada 4 pinggan sahaja? bukankah sepatotnya kami ber 5??haa,,nak dijadikan citer,,kakak yg sulung tak dapat nak join acara pagi itu kerana terpaksa bertugas demi negara . Cuti beliau dah habes,,tapi kerana semangat yg membara2,,beliau akan amek separuh nafasku hari bekerja..
soo..acara2 pagi ni memang tiadalah muka beliau..kih3x...




okay,,ini bukan teknik super impose,,atau edit menggunakan instaphoto..
ini adalah betul2..bukan cubaan..macam ni lah kembar..cermin mata nak sama,,tudung nak sama...apa lagi...baju nak hampir sama...haha,,cute kan??
Sama tapi tak serupa..

yang ni pulak,,sama tak? haaa,,dah memang satu company kan...mestilah ada iras2 siti nurhaliza muka kami berdua...hehe

Lepas perot sudah penoh diisi..barulah otak boleh berfungsi dengan baik..maka,,sel2 otak pon mulalah berhubung utk memikirkan apekah aktiviti seterusnya sementara menanti kakak yg sulung bole kuar opis pukul 11.30...

Mula2 plan nak buat manicure..tapi ntah mcm mana bole bertukar fikiran pulak..
soalan2 cepumas seperti.. 
"professional kah org itu?" 
"apa akan jadi kalau dia tersalh potong kuku kami yg cute ini?" 
 "bersihkah alat pemotong kuku yg digunakan nnti?" 
"dijamin 100% halal kah kebersihannya?" 
hehe..futuristik betol kan pemikiran kami selepas sarapan..haha

memandangkan masa yg sgt suntuk kalau nak buat spa dan sebagainya,,maka kami memilih rawatan teknik aljabbar yg kedainya x jauh cuma di Taman Universiti..
actually..inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke tmpat terapi al jabbar. 


Masuk je pintu utama uolz akan nampak kaunter. Kakak yang duduk kat kaunter ni lah yang menyambut kami dan memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan teknik terapi al jabbar. Menurut kakak ni, ada 7 kategori orang yang dilarang mengikuti teknik terapi ini..antaranya wanita mengandung, pesakit kanser yg telah disahkan oleh doktor, mereka yg pernah membuat pembedahan plastik,mereka yang pernah menjalani pembedahan minor atau major kurang dari 6 bulan. 
Kalau uolz nak tau,,terapi ini juga ada pelbagai peringkat mengikut masalah yg korang hadapi. So bolelah beritahu pada kakak tu uolz nak terapi bg mengatasi masalah apa contohnya masalah jantung ke/kitaran haid yg tidak teratur/susah nak tidur dan macam2 lagilah..Pelajar-pelajar yang nervous nak menghadapi peperiksaan pon boleh mengikuti terapi ini utk ketenangan minda dan jiwa.. 
Memandangkan pada hari itu,kami tidak ada apa2 masalah yg serius utk ditekankan atau senang citer kitaowg saje nak cari pasal..maka kakak tu bagi kami treatment untuk berehat atau lebih spesifik disebut meredakan stress..hehe

Sebelum sesi terapi ni,kami dibawa berjalan2 ke seluruh kawasan terapi..ada disediakan sauna juga..niat hati nak buat sauna..tapi takot nnti berpeluh2 pulak..



inilah kerusi yang digunakan utk sesi terapi aljabbar..selesa sekali..
semasa sesi dijalankan,kerusi ini boleh dibaringkan manakala bahagian kaki boleh dinaikkan mengikut keselesaan :)



muka2 yg xcited , x sabau nak start terapi..



posing jugakk..
semasa sesi terapi dijalankan,kita dinasihatkan utk menanggalkan jam,atau apa2 yang berkaitan dengan bateri seperti handphone.. 


sesi terapi pon bermula...di depan adalah kakak2 kembar ku..manakala aku dan adikku di belakang..siap ada tv..tapi sempat ke nak tengok,,sbb strt je terapi aku pon teros tertidur seketika dek kerana empuknye kerusi itu..e'eh,,ada bunyik org berdengkur lah! sapekah itu??hehe :p


Perempuan kat sebelah aku ni sangat friendly dan memberikan khidmat pelanggan yang terbaik sepanjang kami membuat terapi.. terima kasih yer adik :) akak bagi 10 bintang!


haaa,,dapat kad lagi..lepas 10 sesi boleh redeem satu sesi secara percuma :) 
Bagi yang nak tau harganya, jangan terperanjat,, satu sesi hanya rm5 ratus sahaja selama satu jam..harga patut kan? So,pada yg tinggal berdekatan dengan Taman Universiti,JB bolehlah try rawatan terapi aljabbar ini. Tempatnya sederet dengan bangunan space UTM. Kalau la tempatnya dekat dengan umah aku,,mesti hari2 balek keje aku singgah ;)





haaa,,nampak x muka kami yang berseri2 setelah terapi..hik3x.. kami dah bersedia nak pegi amek kkk yg sulung dan meneruskan misi outing kami..nak taw lagi citer seterusnya,,nntikan yer entry Mommies' Day Out! Part Two..
Tenkiu pada yg sudi membaca.
Jgn lupa tinggalkan jejak anda di blog ini..
till then, bye <3







Suka Hati


Salam untuk semua pembaca...

To b honest,, i have nothing important for this entry..thats why it is entitled SUKAHATI.. As you have known or maybe you did not know,,i'm in the holidays mode..this is what i've been waiting for every year.. it doesnt mean i hate my job..literally..it is not easy to apply leave as i'm not working with pen and paper.. my job needs me to deal with human which is crucial for me to be there..

Well,,for the time being..i'm enjoying this holidays at home with my kids..one day with my siblings as we have planned an outing that we named it "mommies' day out'".i'll update the event later, insyaallah..it takes time to upload and edit some precious pictures..

i just had a homemade tomyam for supper.. it's crazy rite cooking in the middle of night..haha..
my lil Qaisara is busy playing with her new kitchen set which i bought at Kipmart. 
She watches too many cooking set toys on youtube and demands to have one.. since the price is reasonable compared to the one that i saw at Toy r Us..i decided to buy for her..

Since we do not need to rush for school..i tolerate with my children's sleeping hours.they free to sleep and wake up at any time they want..at this hour..they are still playing in their room..
oh ya! 
let's pray for people in Gaza..there are many posts about them in twitter & facebook.. 
I hope our 'doa' will ease their burden..amin
Got to go now! have a sweet dream..to those who are working tomorrow,hepi monday blues :p 
Bye!




Thursday, November 15, 2012

My Munchkin's Concert Day

Malam ni je aku masokkan 3 entries sekaligus...muahahaha...ketawa dalam versi tamak :p
Sambil taip ni aku tengah layan VCD cetak rompak AKU TERIMA NIKAHNYA lakonan Adi Putra sebgai hero dan Nora Danish sbgai heroin...alahai...rasa2nya mesti ramai fans kat luar sana yg berangan nk jadi Nora Danish dalam filem ni kan? ehehe,,ape aku merepek da....

Entry ni utk my little munchkin,ISNI KAISAH QAISARA..orangnya xde bersama aku sekarang sbb dia dan kakaknya,Pearl sedang menikmati percutian secara percuma di disneyland kampung..hehe
Selepas wedding ceremony kat  dewan ALUMNI,UTM http://mimieyana-prerogative.blogspot.com/2012/11/wedding-invitation.html ,,
kami sekeluarga bergegas ke HOTEL GOOD HOPE di Skudai utk Graduation & Concert Day Taska CT Mas Manja :)


Ni lah mini stage utk little Kaisah buat persembahan..dia masuk acara menari dan menyanyi utk 2 lagu..i was a little bit worried before the concert..will she dance n sing? 
mmg sah! she just stood like a statue on the stage..huhu...kaisah o kaisah.. itulah kaisah...she really means it when she says NO..it's hard to compromise with her..that's my girl ;)


after the concert....

takutnyaaa tengok burung kat atas kepala kaisah..kalau terlanggar hidung burung tu..bahayaaa..haha

Lepas persembahan Kaisah,,kami tunggu sekejap utk Lucky Draw..x sangka pulak tetiba nombor naek...rezeki..tahun lepas pulang dgn tangan kosong..wpon hadiahnye bukanlah berupa sebuah kereta..tapi syukur alhamdulillah :)

dapat rak kasut..hehe..adakah ini petanda kene beli kasut baru???huahuahuahua :p 

Sebelum balek...apelagi...posinggggg.....



Wednesday, November 14, 2012

Wedding Invitation

Cuti Sekolah datang lagi!!! Kali ni cuti hujung tahun..best kan?kan?kan? Ape event yang sinonim dengan cuti sekolah?? mestilah jemputan kahwin!!!!  ;)

Last Saturday,,aku ke majlis jemputan perkahwinan belah saudara ibu mertuaku. Majlis diadakan di dewan ALUMNI,UTM..yang menarik tentang wedding kali ini ialah konsep nya.. rasanya inilah first time aku menghadiri konsep perkahwinan yg sbegini..haishh..rasa rugi plak x amek pic bnyk2..hehe..


Inilah pasangan mempelai yg diraikan pada hari itu..Gambar ni di letak di depan meja penyambut tetamu sebelum masuk ke dewan..suka sgt pic ni..nampak natural & romantik sekali :) en suami,,,saya nak wat majlis kahwin lagi sekali bole tak?????hehe ;)

Di meja penyambut tetamu disediakan autograf untuk para tetamu mencoretkan ucapan2 selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin...sweeetnyerrrrr....Pearl selaku pembantu peribadi aku telah menulis wish kepada pengantin bagi pihak mama & papa nyer...

Kanak2 diberi coupon setiap sorang utk membolehkan mereka redeem di meja candy..x dapat la nak share dengan uolz candy2 yg disediakan.. ada macam2 jenis termasuk cupcakes..memang comel! so,,pic kat bawah inilah hasil candy yang telah diredeem oleh Pearl :)


Sebelum kami2 sumer masuk ke dewan bedah makan,, ruangan ini disediakan background utk tetamu2 mengabdikan kenangan di majlis tersebut..props juga disediakan..Tengok...da macam masquerade party lah pulak!

Tema majlis lebih kepada pink & biru...Pelamin dan dulang hantaran simple tapi sangat menarik..Sedap je mata ku memandang..Makanan utk tetamu sepertia biase nasi minyak..bubur kacang pula disediakan sebagai dessert...

okaylah...pelamin nya da tengok kan..mari kita tengok pasangan mempelai yang diraikan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaaaaaaa.......


hahahahaahaha...sorryla yer kasik uolz suspen..actually kami balek sebelum sempat berjumpa pengantin sebab ada event lain yang perlu dihadiri..tapi utk tidak mahu menghampakan uolz,,silalah tatap pic pengantin baru lama ni yer.. daaaaa~~~~

Salam Awal Muharram

Alhamdulillah...diam x diam kita dah masuk tahun baru 1 Muharram mengikut kalender Islam. Walaupun kat Malaysia ni kira esoklah 1 Muharram sebab semua cuti..tapi sebenarnya sebelum Maghrib hari ini kita dah bole baca doa akhir tahun dan membaca doa awal tahun selepas Maghrib.
 Alhamdulillah...lepas Maghrib secara berjemaah tadi bersama Emerald,,dapat lah aku membaca doa awal tahun dan diaminkan olehnya..Kakak dan adiknya ikot nenek pulak balek kampung malam tadi..kalau x mesti bertambah jemaah kami..hehe

So..tutup buku lama  dan mari kita buka buku baru..alhamdulillah tidak henti kepadaNya yg telah memberikan kesihatan dan rezeki untuk kami sekeluarga...Walaupun hidup kami tidaklah semewah mana namun aku bersyukur banyak2 kerana aturan dariNya adalah yg terbaik utk kita semua..Alhamdulillah...semua perkara dimudahkan dan rezeki tidak putus di kala kami memerlukan..
Korang sumer macam mana? Aku doakan yang baik2 utk korang sumer..semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya dunia dan akhirat..amin..

Sempena Awal Muharram ni,,aku sertakan doa akhir tahun dan awal tahun :)


DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
 
Rasa sebak juga bila membaca doa2 ini..buku lama catatan dosa dan pahala telah pon diangkat ke atas..banyak rasanya khilaf dan dosa yang telah dilakukan...semoga semua dosa2 diampunkan Allah..Marilah kita juga sama2 ampunkan dosa semua orang2 yang mungkin ada berbuat silap pada kita..pada semua blogger2 yang berkunjung ke blog aku....juga pada silent reader..sekiranya ada entry yang membuat kalian terasa...aku minta maaf yer..

Bila sebut satu Muharram ni,,teringat lirik lagu nasyid yang aku selalu nyanyi masa sekolah dulu..kalau dulu x berapa menghayati sangat liriknya..rupanya dalam lirik Maal Hijrah ni terselit peristiwa2 sempena 1 Muharram..Sebelum aku akhiri entry kali ini..aku tinggalkan korang dengan lirik Maal Hijrah..Jom kita hayati..



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Friday, November 9, 2012

Sejadah Ekspress

Entry ni nak share tentang cenderahati yang aku dapat dari Kelab Guru Sekolah berakhir tahun 2012...
Yess!! Hari ni 9/11/2012 telah berakhir sesi persekolahan 2012..hehe

Majlis Tautan kasih yang diadakan untuk meraikan kami guru2 diadakan pada Sabtu lepas di salah sebuah hotel yang bertempat di Johor Bahru..malangnya..atas sebab2 tertentu,,aku tak dapat menghadirkan diri..
tp tetap juga dapat cenderahati..

so inilah dia yg aku namakan sejadah ekspress..
warna biru..
nampak macam beg..
ada tali dan senang dibawa ke mana2..



ada zip untuk dibuka..


tarrraaaaaaaa....inilah sejadahnya setelah dibuka :)


ada kompas juga disediakan dalam sejadah tu..
haaaa..best kan..
alhamdulillah..
sebab tulah aku namakan sejadah ekspress..
mudah dibawa dan digunakan pada bila2 masa..

itu sahaja utk entry kali ini..terima kasih kerana membaca :)

Thursday, November 8, 2012

.::Durian Crepe::.

Durian Crepe...bukak FB, twitter,,sumer ada pic durian crepe..tak boleh jadik ni...best sgat ke rasenye..sebelum ni hot dgn pavlova..sekarang ni musim durian crepe pulak....kebetulan ada member nak order durian crepe..aku pon x melepaskan peluang utk tumpang lalu order...biaselaa..org perempuan kan..dah permintaan tekak nak merasa...tambahan pulak durian...i love durian :)

rupa2 nya..org yg wat tempahan durian crepe tu umahnya selang 2 baris dari rumah aku..hehe..uolz pon bole order jugak kat kakak ni..add lah facebook dia CAKEZ EDAHMAN . 
Selain dari durian crepe,,dia jugak amek tempahan kek,,cake in a jar,,kek lapis..dan macam2 lagilah..

so,,dalam hujan yg x berapa cats and dogs tadi,,aku pon menunggu di depan rumah kakak tu dengan penuh sabar dan setia menanti...hehe :p

Akhirnya..penantian pon berakhir...


haaaa,,nampak..2 sets aku order taw! orang tamak memang selalu untung..dapat makan banyak..hahahahaaa :p

jom kita buka penutupnya..jeng jeng jeng...


comelkan....dalamnya mcm aiskrim..kene letak dlm fridge, barulah rasa ke'crepe'pannyaa..haha

mari kita lihat aksi2 my little munchkin menikmati hidangan yg teramat lazat ini..


yummmeyyyyyyyyyy....

niat nak makan durian crepe pon sudah tercapai...alhamdulillah..order kelmarin..hari ni dah dapat makan..besar sungguh nikmat Allah..kepada yg sudi membaca blog ini..sorry la yer kalau membuat kan anda terliur..buat mereka2 yang tinggal di area Kempas,JB..apa tunggu lagi...order lah utk seisi keluarga :)